Saturday, November 3, 2018

Matlamat Hidup

Apabila kita memasuki alam remaja, kita akan mengalami perubahan fizikal, mental dan emosi. Kita mula berfikir lebih jauh, mempunyai harapan, inspirasi dan mula mempunyai perancangan untuk masa depan.
Pilihan
Kita berhadapan dengan pelbagai pilihan di dalam urusan harian. Membuat pilihan dan keputusan adalah sebahagian daripada proses tumbesaran. Kita harus membuat pilihan dan keputusan dengan bijak. Pertimbangkan nasihat yang diberikan oleh ibu bapa, keluarga dan orang yang mengambil berat tentang diri kita. Kita harus bertanggungjawab ke atas apa-apa keputusan yang dibuat.
Matlamat
Matlamat kehidupan ialah:
  • Menetapkan apa yang ingin dicapai dalam kehidupan
  • Merancang bagaimana untuk mencapainya
  • Memutuskan apa yang perlu dibuat bila harapan kita tercapai
Proses untuk mencapai matlamat dapat membantu kita memilih dan memutuskan ke mana arah kehidupan kita.
Menetapkan matlamat dalam kehidupan
Langkah pertama dalam menetapkan matlamat kehidupan ialah memikirkan apakah yang ingin dicapai dalam hidup kita. Kita boleh tanya diri sendiri:
Apakah harapan kita?
  • Mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR atau SPM?
Apakah pekerjaan yang ingin dilakukan? Apakah cita-cita kita?
  • Menjadi seorang doktor, peguam, jurutera, juruterbang, akauntan, ahli korporat dan sebagainya
Apakah personaliti yang kita inginkan?
  • Menjadi seorang yang bersopan santun, mematuhi undang-undang peraturan, alim dan beragama, amanah, bermaruah dan sebagainya
Apakah jenis perhubungan yang ingin dibina?
  • Mempunyai perkahwinan yang bahagia, ibu bapa yang bertanggungjawab, sahabat yang setia dan sebagainya
Setelah kita mempunyai gambaran keseluruhan, kita boleh membuat perincian yang lebih khusus mengikut jangka masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat tersebut.
Kita mungkin perlu memikirkan semula matlamat-matlamat kita dari semasa ke semasa untuk memastikan kita masih tetap dengan matlamat yang sama seperti sebelumnya.
Semakin kita meningkat dewasa, kita akan berhadapan dengan perkara baru atau mempunyai pandangan jauh yang berbeza mengenai kehidupan.
Contohnya, seorang individu ingin menjadi seorang jutawan semasa remaja, tetapi lama kelamaan mendapati kepuasan bekerja adalah lebih penting daripada wang ringgit.
Sebarang perubahan di dalam matlamat hidup juga memerlukan perubahan-perubahan yang wajar dalam perancangan.
Ada banyak cara untuk menetapkan matlamat dalam kehidupan kita. Terdapat juga banyak buku yang sedia ada untuk membantu dalam proses mencapai matlamat anda. Anda juga boleh berbincang dengan ibu bapa sebagai panduan.
Petua untuk menetapkan matlamat hidup
Panduan berikut akan membantu anda menetapkan matlamat hidup dengan berkesan:
Nyatakan setiap matlamat itu sebagai kenyataan yang positif:
  • Ungkapkan matlamat anda dengan positif
  • ‘Gunakan teknik ini dengan baik’ kerana adalah matlamat yang lebih baik daripada berkata ‘Jangan lakukan kesilapan yang bodoh’
Buat kerja dengan teliti:
  • Tetapkan matlamat dengan tepat. Tetapkan tarikh, masa dan jumlah matlamat agar pencapaian anda boleh diukur, dan akan memuaskan hati anda
Tetapkan keutamaan:
  • Bila anda mempunyai beberapa matlamat, susun ikut keutamaan. Mulakan dengan matlamat yang paling utama kerana ia membantu anda dari berasa tertekan dengan adanya terlalu banyak matlamat
  • Ini seterusnya membantu anda menumpukan perhatian kepada matlamat yang paling penting
Tulis matlamat-matlamat anda:
  • Ini akan nampak lebih jelas dan lebih fokus
Pastikan matlamat itu ringkas dan mudah dicapai:
  • Matlamat yang ringkas dan mudah boleh memudahkan mencapai kejayaan untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar
  • Sekiranya matlamat itu besar dan sukar untuk dicapai, nampak seakan-akan anda tidak membuat apa-apa perubahan ke arah mencapai matlamat tersebut. Teruskan dengan matlamat yang ringkas dan mudah agar anda akan mendapat kejayaan yang diinginkan
Tetapkan proses mencapai matlamat bukan hasilnya:
  • Anda perlu menetapkan sasaran itu, yang mana ia boleh dicapai. Ia bukan untuk melemahkan semangat dalam mencapai matlamat anda sendiri atas alasan-alasan di luar kawalan anda
  • Sekiranya anda menetapkan matlamat berdasarkan prestasi anda sendiri, anda akan dapat mengawal diri anda untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, dan mendapat kepuasan darinya
Tetapkan matlamat yang wajar
  • Penting untuk menetapkan matlamat-matlamat yang anda boleh capai. Pelbagai lapisan masyarakat, (media, persatuan, ibu bapa) boleh menetapkan matlamat-matlamat yang tidak wajar untuk anda
  • Mereka sering bertindak sedemikian kerana tidak mengetahui keinginan dan cita-cita anda
  • Anda mungkin menetapkan matlamat yang terlalu tinggi, kerana anda menilai cabaran – cabaran yang akan dihadapi agar tidak memahami kemahiran yang perlu ada untuk mencapai sesuatu kejayaan

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More