Gambar 1. Bagian-bagian pada jantung.
Berapa banyak kali dah saya dengar degupan jantung orang lain. Cuma kali ni, teringin juga nak dengar degupan jantung sendiri, hehe =). “Lub-dup-lup-dup-lub-dup…” bagaikan irama muzik, rentaknya begitu teratur dengan purata 60-100 degupan seminit pada seseorang dewasa. Pun begitu, kadarnya berubah-ubah mengikut kondisi seseorang dan juga faktor-faktor yang lain.
Gambar 2. Bunyi-bunyi jantung dan injap-injap yang berkaitan.
Bunyi-bunyi jantung tersebut adalah disebabkan oleh getaran yang terhasil di dalam dinding ventrikel-ventrikel dan arteri utama pada waktu injap menutup, bukan kerana injap yang menutup rapat. Oleh kerana Injap AV menutup pada permulaan kontraksi ventrikel, apabila tekanan ventrikular pertama melebihi tekanan arterial, bunyi jantung yang pertama menandakan permulaan dari sistol ventricular. Injap-injap semilunar menutup pada permulaan relaksasi ventricular, apabila tekanan ventricular kanan dan kiri masing-masing menurun di bawah tekanan aorta dan arteri pulmonari. Oleh kerana itu bunyi jantung kedua menandakan permulaan dari diastole ventrikular.
0 comments:
Post a Comment